| Tarikh : | Pengguna |
KAMPUNG TRADISIONAL yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah suatu kawasan penempatan yang diwarisi oleh orang Melayu secara turun temurun dan mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu, persekitaran dan laman yang berkonsepkan perkampungan Melayu. Kampung Tradisional yang terlibat dalam Kajian ini adalah mengikut senarai yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Kerajaan Tempatan.
PETEMPATAN TERSUSUN adalah penempatan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri melalui pemberimilik tanah kepada individu, penempatan 'in-site' and service serta FELDA yang telah diserahkan pentadbirannya kepada PBT. Penempatan ini mempunyai pelan tatatur yang terancang, keluasan lot serta bangunannya adalah seragam. Petempatan Tersusun yang terlibat dalam Kajian ini adalah mengikut senarai yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Kerajaan Tempatan.
PELAN INDUK yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah suatu pelan yang mengandungi data-data maklumat yang komprehensif dan lengkap untuk kampung-kampung yang terlibat. Data-data yang disenaraikan didalam Pelan Induk ini adalah mengikut ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan yang dikaji secara pemerhatian oleh perunding dan disenaraikan dalam bentuk profil kampung dan pangkalan data Sistem Maklumat Eksekutif.